Sunday, 9 December 2018

hai nama saya vyner japang anak luther..bertemu lagi kita dalam blog saya kali ini...Blog kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya berserta ahli kumpulan saya sewaktu menyiapkan tugas "final project" untuk kelas IT. Marilah berkenalan dengan ahli kumpulan saya....yang pertama Suryan Raymun berumur 18 tahun, kedua Nisren Safinas Binti Mohd Din berumur 20 tahun, ketiga Rania Nur Hannah Binti Mohamed Anuardeen dan yang terakhir Rabiatul Adawiyah Binti Abdul Aziz berumur 18 tahun.

Tajuk "final project" kumpulan saya ialah E-Commerce.

E-COMMERCE
Pada awalnya sudah tentu kumpulan kami membuat pembahagian tugas untuk setiap ahli kumpulan..yang membuat "slide dan report" ialah Nisren, yang membuat "google form" saya sendiri, yang laman muka buku dan "adobe photoshop" Hannah, yang membuat poster pula Suryan dan yang menyemak semula "report" ialah Rabiatul..

Sekian sahaja pembahagian tugas, Nisren terus membuat "slide" di dalam kelas untuk mempermudahkan ahli lain lebih memahami tugas masing masing...
hari ke hari setiap ahli kumpulan pun mula menyiapkan tugas masing masing..

Jauh melangkah memperkenalkan ahli kumpulan...tahukan semua apa itu E-COMMERCE?

E-COMMERCE ialah salah satu cara yang mudah untuk membeli belah kerana segalanya dihujung jari...Kini banyak aplikasi muat turun untuk membeli belah secara online tidak kira di dalam negara atau luar negara..sebagai contoh LAZADA..

kini semua tahukan apa itu E-COMMERCE? sangat mudah dan tidak membuang banyak tenaga..

hai!! sekali lagi saya menyambung cerita hehehe...so hari demi hari perbentangan dah nak dekat...tugas pun hampir siap..


inilah gambar yang menunjukkan erti E-COMMERCE

Selesainya tugas kesemuanya...kami hanya perlu mengumpulkan tugas setiap ahli dan membuat penyemakan untuk memastikan semua berpuas hati dengan tugas masing masing..

syukur dan akhirnya tugas dilaksanakan dengan kepuasan hati setiap ahli kumpulan..

saya sendiri mengharapkan agar semua lebih menghargai ahli kumpulan sendiri tidak kira baik buruk sama sama lah kita memperbaiki untuk kesenangan ramai..

baiklah rakan..sampai disini sahaja blog saya kali ini..semoga semua sihat selalu dan murah rezeki dan semoga semua faham apa yang disampaikan tentang E-COMMERCE ini 😉






Wednesday, 28 November 2018

Sambutan Gawai Hantu Kaum Iban

hi semua !!!! semoga semua dalam keadaan yang sihat selalu. Amin. So selamat datang ke blog saya. Terlebih dahulu saya kenal diri saya lah kan?? hehehehehe, so nama saya Vyner Japang Anak Luther, berasal dari kuching,sarawak dan dengan sahnya berumur 18 tahun...tsk tsk tsk
inilah saya lebih dikenali sebagai "boi" di
halaman perkampungan...
hahaha takkanlah girl kan??

👀blog ini saya akan ceritakan sambutan
 gawai hantu kaum iban...agak mengerikan
 tetapi itu adalah satu kewajipan bagi
 sesetengah kaum iban..

Gawai hantu amatlah jauh berbeza dengan
 perayaan yang lain kerana ia membabitkan
 diri dengan roh yang sudah lama pergi..malah perayaan ini diadakan selama sehari semalam sahaja..

Bermulalah cerita tentang gawai hantu..
pada mulanya di awal pagi penduduk rumah panjang membersihkan halaman rumah dari hujung pangkalan rumah ke halaman depan rumah..mengikut petua hal ini dilaksanakan untuk menghalau perkara buruk di rumah...

kemudian bermula penduduk rumah panjang memasak dan menyediakan pelbagai jenis makanan untuk santapan ramai..apa yang berbeza di gawai hantu ini ialah ..di bahagian sudut setiap rumah terletaklah mangkuk pinggan yg dipenuhi makanan diatasnya di santapan ini ialah untuk roh yang datang melawat keturunannya...sekian lama setelah makanan disediakan dan dibentang di ruang hadapan rumah atau lebih dikenali dalam bahasa iban "ruai"..mulalah penduduk duduk bersama sementara menunggu upacara bermula..

kehadiran roh yang dah lama pergi dapat dikesan apabila makan di sudut setiap rumah jelas kelihatan semakin kurang..sesetengah roh akan menunjukkan rupanya untuk melepas rindu dan sesetengah lagi berkeliaran untuk bergaul dengan penduduk kampung...pada yang sudah biasa mereka tidak merasakan apa apa tetapi pada yang belum pernah pasti terasa ngeri bila ditegur atau dibantu oleh roh yang sudah lama pergi ini...Roh ini bukan lah pendatang asing tetapi roh yang sudah lama hadir menjadi penduduk kampung itu...

sesetengah penduduk akan menyiapkan kerusi yang bergantung pada tiang seperti permain kerusi ayun yang sering dilihat di taman permainan... hal ini untuk mengesan kehadiran roh lama yang masih berkuasa di halaman perkampungan..ia dilaksanakan dengan ketua kampung yang sedang duduk di kerusi bergantung itu sambil gamelan dimainkan...sekian sahaja gamelan dimainkan jelas kelihatan ketua kampung terapung dalam keadaan duduk di kerusi...ini bermakna roh ini lah yang mengangkat ketua kampung itu...dan bermula sambutan gawai hantu...

satu daripada kewajiapan gawai hantu ini adalah dengan meminum segelas cawan kecil yang diisi dengan air yang dikenali oleh kaum iban iaitu "tuak"

air tuak beras
sekian saja meminum air ini bersama...
penduduk mulai menjamu selera atau 
dalam pepatah iban "matah ke lengan"....


sambil menjamu selera...dendanggan gamelan dimainkan sepanjang perayaan dengan berganti pasangan...


alat permainan gamelan


👀👀













               ðŸ‘€ðŸ‘€




tanpa disedari makanan di sudut halaman rumah pun habis maknanya sesetengah roh sudah pergi...semasa perayaan ini tidak semua yang menjamu selera ada sesetengah penduduk menangis pilu bila mereka mampu melihat rupa roh yang sudah lama pergi akibat rindu....

dalam banyak banyak perayaan .. perayaan gawai hantu kaum iban inilah paling ngeri pernah disambut oleh saya...vyner sendiri tidak mampu tetapi vyner mendapat pengajaran pada sambutan ini ...pengajaran yang vyner dapat dari sambutan ini ialah hargailah mereka yang masih ada kerana umur tidak pernah janji..

so semua fahamlah kan apa itu gawai hantu..kerana sambutan ini tidak didengari ramai oleh itu ramai yang tidak tahu....malah kos perbelanjaan untuk sambutan gawai hantu lebih tinggi berbanding perayaan gawai yang biasa..

sekian sahaja cerita vyner tentang sambutan gawai hantu kaum iban ini...cerita ini lebih kepada pengalaman vyner sendiri..




sampai disini sahaja blog vyner pada hari ini...vyner doakan semua sihat selalu murah rezeki. AMIN.
✋✋